Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 22, 2025 23:59 MYT
Mac 22, 2025 23:59 MYT


Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Mac 2025.
Serangan tentera Rusia telah mengorbankan dua orang di Zaporizhzhia, ke tenggara Ukraine, manakala tiga lagi turut maut dalam serangan di bahagian utara dan timur negara itu pada lewat malam Jumaat.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak Isnin ditemukan maut dalam keadaan mengerikan.
Lapangan Terbang Heathrow London pada Jumaat mengumumkan ia akan menyambung semula beberapa penerbangan susulan gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan gangguan meluas, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengumumkan pemberian kontrak bagi pembangunan jet pejuang generasi baharu Tentera Udara AS kepada Boeing, lapor Xinhua.
Kekurangan bahan api yang teruk telah melumpuhkan respons kecemasan Bulan Sabit Merah Palestin di Gaza, dengan kurang daripada separuh ambulans mereka kini beroperasi, menurut Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) pada Jumaat.
George Foreman, bekas petinju heavyweight Amerika Syarikat (AS) yang terkenal dengan kebangkitan semula luar biasa dalam sejarah sukan meninggal dunia pada usia 76 tahun.
Seorang lelaki yang menjadi buruan polis berhubung kes penipuan, Jefry Rarun, 54, ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila mayatnya dipotong kepada lapan bahagian dan disimpan dalam peti sejuk di sebuah rumah di Villa Regency, Kelurahan Gelam Jaya, Kecamatan Pasar Kemis, Kabupaten Tangerang.
Columbia University pada Jumaat bersetuju untuk meletakkan Jabatan Pengajian Timur Tengah di bawah penyeliaan baharu dan memperbaharui peraturan berkaitan protes serta disiplin pelajar, setelah menerima peringatan daripada pentadbiran Donald Trump untuk melaksanakan perubahan tersebut atau berisiko kehilangan dana Persekutuan bernilai berbilion dolar.
Paus Francis perlahan-lahan kembali pulih di hospital tetapi perlu "belajar semula cara bercakap" selepas penggunaan terapi oksigen aliran tinggi yang berpanjangan, kata Kardinal Victor Manuel Fernandez pada Jumaat.
Mesir menafikan dakwaan yang disebarkan oleh beberapa media yang negara itu bersedia untuk memindahkan sementara 500,000 penduduk Gaza ke sebuah bandar raya yang ditetapkan di utara Sinai sebagai sebahagian daripada usaha pembinaan semula Gaza, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).