Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 18, 2025 23:59 MYT
Mac 18, 2025 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Mac 2025.
Trump berjanji untuk menghidupkan semula industri arang batu di negara itu bagi meningkatkan daya saing dengan China.
Naib Presiden Turkiye, Cevdet Yilmaz pada Isnin mengumumkan bahawa seramai 145,639 rakyat Syria telah pulang ke tanah air mereka secara sukarela antara 9 Dis 2024 hingga 16 Mac 2025.
Sekurang-kurangnya enam orang maut apabila sebuah pesawat kecil hilang kawalan dan terhempas pada petang Isnin sejurus berlepas dari Pulau Roatan di utara Honduras.
Tentera Israel mendakwa mereka menyasarkan serangan ke atas Hamas, manakala Hamas menuduh Israel memungkiri perjanjian gencatan senjata.
Korea Utara mengecam serangan terbaharu Amerika Syarikat ke atas Yaman serta menyifatkan tindakan itu melanggar undang-undang antarabangsa dan kedaulatan sesebuah negara.
Kementerian Pertahanan Syria mengumumkan pada Isnin bahawa pihaknya telah mencapai persetujuan dengan Lubnan untuk melaksanakan gencatan senjata di sepanjang sempadan.
Serangan terhadap petugas kemanusiaan yang berusaha menyampaikan bantuan kemanusiaan ialah jenayah yang tidak boleh diterima dan dikecam oleh seluruh masyarakat dunia.
Jet pejuang Israel pada Isnin melancarkan siri serangan udara di beberapa kawasan di selatan Lubnan, yang tertumpu di wilayah Bekaa Barat, lapor Anadolu Ajansi.
Pegawai kanan keselamatan Hamas, Mahmoud Abu Watfa dilaporkan terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza pada Selasa.
Peta terbaharu oleh Tinjauan Antartika British (BAS) menunjukkan permukaan sebenar Antartika jika semua ais cair, dengan ketebalan ais purata 1.9 kilometer.