Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 17, 2025 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Mac 2025.
1. Turkiye terbangkan mangsa kebakaran kelab malam Macedonia Utara untuk rawatan
Tiga orang yang cedera parah dalam kebakaran di sebuah kelab malam di bandar Kocani di Macedonia Utara diterbangkan ke Turkiye pada Ahad.
2. Laluan pejalan kaki di Bangkok runtuh, undang kritikan terhadap pihak berkuasa
Laluan pejalan kaki yang telah diubah suai sejak sebulan lalu di jalan Vibhavadi Rangsit di Bangkok runtuh ketika pejalan kaki sedang melaluinya.
3. AS lancar serangan udara ke atas kapal Galaxy Leader yang dirampas Houthi
Pesawat perang Amerika Syarikat (AS) melancarkan dua serangan udara ke atas "pos perintah" Galaxy Leader, sebuah kapal yang dirampas kumpulan Houthi Yemen di Laut Merah pada November 2023.
4. Perbincangan Putin-Trump mungkin berlangsung minggu depan - Utusan khas AS
Presiden Rusia Vladimir Putin dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, mungkin akan berbincang minggu depan, lapor agensi berita TASS memetik kenyataan utusan khas presiden AS.
5. Rusia tuntut status neutral Ukraine, penolakan keahlian NATO untuk perjanjian damai
Rusia akan berkeras untuk menyediakan jaminan keselamatan bagi memeterai perjanjian damai, termasuk status neutral Ukraine dan penolakan penyertaannya dalam NATO.
6. Sekurang-kurangnya 34 maut akibat ribut di Amerika Syarikat
Ribut teruk melanda kawasan selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) sepanjang hujung minggu, mengorbankan sekurang-kurangnya 34 orang.
7. Lapan petugas MAPIM terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza
MAPIM menggesa rakyat Malaysia untuk mengadakan doa Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan saudara-saudara di Gaza.
8. Gunung sampah Ghazipur hampir setinggi Taj Mahal
Ghazipur menjadi salah satu tapak pelupusan sampah terbesar di dunia, dan terus menerima ratusan tan sampah dari Delhi setiap hari.
9. Zelenskyy lantik Andriy Hnatov ketua staf am angkatan tentera Ukraine baharu
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, telah melantik Mejar Jeneral Andriy Hnatov sebagai ketua staf am angkatan tentera ukraine yang baharu, menggantikan Leftenan Jeneral Anatoliy Barhylevych.
10. Ahli keluarga tebusan kritik tindakan Netanyahu pecat Ronen Bar
Penunjuk perasaan Israel termasuk ahli keluarga tebusan berhimpun di Tel Aviv menuntut perjanjian tebusan dan gencatan senjata dengan Hamas pada Ahad.
#berita pilihan #antarabangsa #gencatan senjata #tapak pelupusan sampah
;