Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 10, 2025 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Mac 2025.
1. Lady Gaga buat 4 konsert di Stadium Nasional Singapura pada Mei 2025
Singapura akan menjadi satu-satunya destinasi di rantau Asia bagi Lady Gaga dalam konsert jelajahnya kali ini.
2. Kerajaan AS guna alat pengesan pembohongan terhadap pegawainya
Ujian poligraf akan digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri AS terhadap pegawainya untuk mengesan kebocoran maklumat dalaman.
3. Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua bagi semua pelajar menjelang tahun 2035.
4. Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Sekurang-kurangnya 1,450 penduduk telah dipindahkan, manakala 100 lagi dilaporkan hilang.
5. Rubio lawat Arab Saudi, Kanada bincang mengenai Ukraine, keselamatan global
Rubio dijadual memulakan lawatannya ke Jeddah pada Isnin selama tiga hari dan akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine.
6. AS bincang dengan empat kumpulan berbeza mengenai penjualan TikTok - Trump
TikTok berdepan larangan jika perniagaannya di AS tidak dijual kepada pembeli Amerika sebelum 5 April.
7. "Amerika bukan Kanada" - Mark Carney bidas ancaman AS
"Kanada tidak akan pernah menjadi sebahagian daripada Amerika dalam apa jua bentuk."
8. Parti Liberal Kanada pilih Mark Carney ganti Justin Trudeau
Walaupun Carney akan ambil alih kepemimpinan Parti Liberal, Trudeau, bagaimanapun, akan kekal sebagai PM Kanada untuk tempoh peralihan.
9. Israel putuskan bekalan elektrik ke Gaza, jejaskan loji penyahgaraman air minuman
Kekejaman Israel itu disifatkan Hamas sebagai sebahagian daripada "dasar kebuluran" Israel.
10. Amaran Elon Musk: "Barisan hadapan Ukraine akan runtuh jika Starlink ditutup"
Elon Musk berkata, sistem internet satelit Starlink menjadi tulang belakang kepada ketenteraan Ukraine.
#berita pilihan #berita antarabangsa #berita luar negara #Berita AWANI
;