Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 7, 2025 23:59 MYT
Mac 7, 2025 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mac 2025.
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sedang merangka senarai baharu negara yang rakyatnya dilarang memasuki AS, dengan Afghanistan kemungkinan termasuk dalam senarai itu, lapor The New York Times yang memetik pegawai.
Kanada akan meningkatkan kehadiran tenteranya di rantau Artik dengan menubuhkan Hab Sokongan Operasi Utara baharu, menurut kenyataan kementerian pertahanan negara itu.
Jepun pada Jumaat menyuarakan "keyakinan penuh" bahawa Amerika Syarikat (AS) akan memenuhi kewajipannya di bawah perjanjian keselamatan dua hala untuk mempertahankan negara Asia itu, selepas Presiden Donald Trump mempersoalkan pakatan yang telah lama wujud itu, menyifatkannya sebagai tidak saling menguntungkan.
Seorang pegawai di pejabat pendakwa raya Mexico mendedahkan bahawa punca kematian sembilan pelajar yang dilaporkan hilang sebelum ini dipercayai akibat dibunuh oleh kumpulan gengster.
Mahkamah di Korea Selatan mengarahkan pembebasan Presiden Yoon Suk Yeol pada Jumaat selepas menerima permohonannya untuk membatalkan penahanan berhubung pengisytiharan darurat tentera yang dilaksanakan dalam tempoh singkat.
Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis memberi amaran tentang krisis kemanusiaan "yang parah" di Afghanistan.
Pihak berkuasa tempatan dan tentera Korea Selatan menubuhkan pasukan khas bersama pada Jumaat bagi menilai kerosakan harta benda serta tahap keselamatan susulan insiden bom di sebuah kampung di utara negara itu minggu ini.
YouTube, platform perkongsian video, mengumumkan dasar yang dikemas kini berkaitan dengan perjudian dalam talian pada Selasa lepas, sebagai usaha untuk melindungi penonton daripada kandungan yang berpotensi berbahaya.
Ibu negara India, New Delhi, berjanji untuk membersihkan satu daripada tapak timbunan sampah terbesarnya menjelang 2026.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis mengesahkan bahawa AS sedang mengadakan perbincangan dengan kumpulan Palestin, Hamas berhubung isu tawanan di Gaza.