Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 6, 2025 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.
1. Jet pejuang Tentera Korea Selatan tidak sengaja jatuhkan lapan bom, 7 orang awam cedera
Sebuah jet pejuang milik Tentera Udara Korea Selatan pada Khamis secara tidak sengaja menjatuhkan lapan bom di luar kawasan latihan, mengakibatkan tujuh orang awam cedera, lapor Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan pegawai.
2. Trump tangguh tarif automobil dari Kanada, Mexico selama sebulan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan tarif ke atas kenderaan dari Kanada dan Mexico selama sebulan sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan ketua tiga pengeluar kereta terbesar AS.
3. Keterjaminan makanan di Gaza 'berisiko bertambah buruk' - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu memberi amaran mengenai situasi kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza dengan penutupan berterusan semua pintu masuk kargo menjejaskan penghantaran bantuan dengan ketara.
4. India tegaskan tiada kepentingan untuk lemahkan dolar AS
India menegaskan bahawa negara itu tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk melemahkan dominasi antarabangsa dolar Amerika, susulan amaran berulang kali Presiden Donald Trump kepada kumpulan BRICS agar tidak mewujudkan mata wang bersama.
5. 'Kami bukan untuk dijual' - PM Greenland
Perdana Menteri Greenland, Mute Egede, menegaskan bahawa rakyat Greenland akan menentukan masa depan mereka sendiri dan enggan menjadi warganegara Denmark atau Amerika Syarikat (AS).
6. 9 pelajar hilang ketika bercuti ditemui maut, anggota badan dikerat ditinggal tepi jalan
Mayat sembilan pelajar yang dilaporkan hilang semasa bercuti di selatan Mexico bulan lalu telah ditemui dalam keadaan menyayat hati di tepi sebuah lebuh raya tempatan di sini, baru-baru ini.
7. Los Angeles saman SCE susulan kebakaran di California
Daerah Los Angeles pada Rabu memfailkan saman terhadap syarikat kuasa tempatan bagi menuntut ganti rugi susulan kebakaran dahsyat yang berlaku pada Januari.
8. Bongkah ais terbesar dunia terkandas di pulau terpencil Britain
Bongkah ais terbesar di dunia terkandas di perairan cetek berhampiran pulau terpencil Georgia Selatan, Britain, yang menjadi habitat kepada berjuta-juta penguin dan anjing laut.
9. Ketua tentera baharu Israel ambil alih di tengah krisis
Israel melantik ketua baharu angkatan tenteranya pada Rabu ketika ketegangan terhadap gencatan senjata di Gaza semakin meningkat.
10. Bangunan Jabatan Kehakiman AS, FBI mungkin dijual
Pentadbiran Presiden Donald Trump mempertimbangkan untuk menjual beberapa hartanah kerajaan Amerika Syarikat (AS) paling ikonik, termasuk ibu pejabat Jabatan Kehakiman, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan bangunan yang menempatkan hotel mewah Trump.
#berita pilihan #antarabangsa #Donald Trump #Gaza
;