Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 4, 2025 23:59 MYT
Mac 4, 2025 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Mac 2025.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menerusi tindakan eksekutif yang ditandatangani pada Isnin telah menggandakan tarif tambahan ke atas semua barangan China daripada 10 peratus kepada 20 peratus.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengkritik pemimpin Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, pada Isnin berhubung kenyataan beliau bahawa perjanjian untuk menamatkan perang dengan Rusia masih jauh.
4. Seorang maut, beberapa individu cedera dalam insiden kereta rempuh pejalan kaki di Mannheim, Jerman
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di Bandar Mannheim, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik pihak berkuasa Jerman.
Amerika Syarikat (AS) menghentikan sementara bantuan ketenteraan ke Ukraine beberapa hari selepas Presiden negara itu, Donald Trump bertelagah dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy di Pejabat Oval, menurut seorang pegawai White House pada Isnin.
Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) mengumumkan pada Isnin bahawa ia menutup pejabatnya di Afrika Selatan berikutan kekangan dana ekoran keputusan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump minggu lalu untuk menamatkan 90 peratus kontrak bantuan luar USAID.
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir.
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya, lapor agensi berita Rusia (TASS) dengan memetik Kementerian Luar negara itu.
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas, meningkatkan ancaman terhadap kediaman penduduk.
China akan mengenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa 10 Mac, menurut Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negeri.