Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 2, 2025 23:59 MYT
Mac 2, 2025 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.
Dengan jutaan rakyat Indonesia bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri, kerajaan mengumumkan dasar pelan kerja fleksibel (FWA) bagi membantu mengurangkan kesesakan dalam tempoh perjalanan yang paling sibuk sepanjang tahun.
Perdagangan sempadan dan transit Thailand bernilai 145 bilion baht pada Januari, meningkat 2.7 peratus daripada angka tahun sebelumnya, kata Timbalan Jurucakap Kerajaan Sasikan Watthanachan pada Ahad. (100 baht = RM13.05).
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Ukraine bersetuju untuk meneruskan program empat tahun dengan jumlah keseluruhan lebih EUR15 bilion (AS$15.5 bilion), lapor agensi berita Jerman (dpa).
Dengan mengenakan songkok dan pakaian tradisional Indonesia, Presiden Prabowo Subianto bertanya kepada rakyatnya apakah bentuk bantuan yang boleh diberikan selepas pemilihannya tahun lalu.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu melantik komander baharu bagi Pasukan Keselamatan Negara dan seorang lagi untuk Pasukan Pertahanan Awam, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik agensi berita Palestin, WAFA.
Puluhan penyokong Ukraine mengadakan tunjuk perasaan di luar perkarangan Rumah Putih di Lafayette Square pada Sabtu bagi mendesak Amerika Syarikat (AS) terus menyokong negara itu.
Perdana Menteri Britain Keir Starmer pada Sabtu mengesahkan semula sokongan United Kingdom (UK) terhadap Ukraine semasa perbincangan dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky di London, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata Presiden Volodymyr Zelensky pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Sebuah pasar raya mengalami kerugian sebanyak A$1,500 (RM6,693) selepas seorang wanita membuang air kecil di atas produk makanan.
Ratusan ribu keluarga yang tinggal di kem pelarian Idlib, barat laut Syria, terpaksa menyambut Ramadan dalam serba kekurangan dan berjauhan dari rumah selepas kejatuhan rejim Baath.