Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 1, 2025 23:59 MYT
Mac 1, 2025 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.
Ketika umat Islam seluruh dunia menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan dan keterujaan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang akibat konflik berpanjangan.
Keadaan pernafasan Pope Francis dilaporkan semakin merosot selepas mengalami serangan bronkospasme, menurut kenyataan Vatican pada Jumaat.
Siklon Garance yang melanda Pulau Reunion pada Jumaat mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga kematian serta kerosakan infrastruktur yang meluas, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Rakyat Palestin menunaikan solat Tarawih pertama di Semenanjung Gaza di celah runtuhan masjid pada Jumaat malam, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Seorang nelayan menangkap makhluk aneh menyeramkan yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Seorang buruh binaan di Jakarta Timur bertindak di luar kawalan apabila menyimen jasad majikannya selepas membunuh mangsa kerana dendam dan rasa sakit hati.
Pertemuan antara Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di White House berakhir dengan kegagalan selepas kedua-dua pemimpin bertelagah mengenai perang dengan Rusia.
Pelakon legenda dan pemenang dua kali Anugerah Oscar, Gene Hackman yang ditemukan mati bersama isterinya, Betsy Arakawa dipercayai meninggal dunia untuk tempoh agak lama sebelum ditemui.
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada Sabtu (1 Mac) manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada Ahad (2 Mac).
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan, lapor Anadolu Ajansi.