Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 27, 2025 23:59 MYT
Februari 27, 2025 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Februari 2025.
Lebih 640 tahanan Palestin dibebaskan dari penjara Israel pada malam Khamis sebagai sebahagian daripada kumpulan ketujuh dan terakhir dalam perjanjian pertukaran di bawah fasa pertama gencatan senjata Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Pelakon Amerika Syarikat yang pernah memenangi Oscar, Gene Hackman dan isterinya, Betsy Arakawa ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka di New Mexico, Amerika Syarikat.
Brazil selaku pengerusi BRICS merancang untuk mencari platform alternatif untuk pembayaran antara negara anggota, kata Presidennya Luiz Inacio Lula da Silva.
Konsep neutraliti dan ‘ASEAN Centrality’ amat penting untuk blok 10 negara itu mengemudi ketidaktentuan ekonomi dan dasar perlindungan perdagangan yang semakin meluas di peringkat global.
Penduduk dan pelancong di sebuah pulau di luar pantai timur laut Australia akan mula dipindahkan ke tanah besar susulan ancaman yang ditimbulkan oleh Siklon Tropika Alfred.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia Sergei Shoigu di Perdana Putra di sini hari ini, untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu keselamatan dan pertahanan.
Jutawan teknologi Elon Musk mendedahkan bahawa kerajaan Amerika Syarikat (AS) secara tidak sengaja menghentikan dana pencegahan virus Ebola.
Gangguan bekalan elektrik selama lapan jam yang melanda Chile pada Selasa mengakibatkan 98 peratus penduduk terjejas, serta kematian tiga pesakit yang bergantung pada peralatan sokongan hayat.
Tanpa dilengkapi pakaian seragam atau lembaran buku teks, pelajar Gaza kembali ke sekolah mereka yang musnah untuk menyambung pendidikan, meskipun berdepan cabaran besar akibat peperangan Israel baru-baru ini.
10. Trump sahkan Zelenskyy ke White House esok untuk tandatangani perjanjian “sangat besar” dengan AS
Semasa mesyuarat Kabinet pada Rabu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengesahkan Presiden Ukraine, Volodomyr Zelenskyy akan melawat White House pada Jumaat.