Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 19, 2025 23:59 MYT
Februari 19, 2025 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Februari 2025.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah menandatangani perintah eksekutif yang memperketat pengawasan ke atas agensi kawal selia bebas yang membantu cabang eksekutif.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu.
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican.
Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka melakukan rombakan pada Kabinet menterinya, lapor media tempatan.
Pihak berkuasa di Wilayah Champasak selatan Laos sedang berusaha untuk membangunkan kemudahan di sekitar gunung berapi yang tidak aktif di Daerah Paksong, menaik taraf tapak itu menjadi tarikan peringkat wilayah untuk meningkatkan pelancongan.
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan perjanjian global untuk menangani pandemik masa depan perlu dimeterai segera selepas Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada perbincangan perjanjian tersebut.
Ribuan penunjuk perasaan warga Amerika Syarikat (AS) berhimpun di bangunan ibu pejabat negeri dan lokasi lain di seluruh negara bagi membantah perubahan besar yang dilaksanakan Presiden, Donald Trump dan penasihatnya, Elon Musk terhadap kerajaan persekutuan.
Mesir mengesahkan bakal menjadi tuan rumah sidang kemuncak tergempar Arab pada 4 Mac bagi membincangkan pelan pemulihan Semenanjung Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.
Imam Besar Al-Azhar Al-Sharif, Dr Ahmed Al-Tayyeb menyeru negara-negara Islam untuk bersatu dan menangani cabaran semasa melalui persefahaman serta kerjasama erat.