Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 12, 2025 23:59 MYT
Februari 12, 2025 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Februari 2025.
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Selasa menandatangani perintah eksekutif bagi mempercepat pengurangan besar-besaran tenaga kerja persekutuan.
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawatannya dari Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, mengenai situasi terkini di Gaza.
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan disambut dengan istiadat rasmi oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Bogor pada Rabu sempena lawatan rasminya ke negara itu.
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Ahli Parlimen Eropah dari parti pemerintah Hungary, Fidesz, Csaba Domotor.
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump "mengutamakan kepentingan dirinya sendiri dan memberi kesan terhadap ekonomi global," kata Perdana Menteri Kuwait Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah.
Raja Jordan Raja Abdullah II menitahkan agar sekitar 2,000 kanak-kanak dari Gaza yang menghidap kanser atau berada dalam keadaan kritikal dibawa ke Jordan bagi menerima rawatan perubatan.
Rakyat Israel berhimpun di Tel Aviv selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengancam untuk menyambung serangan di Gaza jika Hamas tidak membebaskan tebusan Israel.
Perbicaraan pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, memasuki fasa akhir minggu ini dengan hanya berbaki dua sesi pendengaran rasmi, sementara komuniti perundangan menjangkakan keputusan diumumkan pertengahan Mac.