Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 8, 2025 23:59 MYT
Februari 8, 2025 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat berkata beliau akan mengumumkan tarif "timbal balik" selanjutnya minggu depan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Proses pengiraan undi giat dijalankan sejak awal Sabtu di wilayah penting India, termasuk New Delhi, dengan banyak ramalan di media tempatan menyatakan parti nasionalis Hindu pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi bakal meraih kemenangan.
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital negara itu.
Pegawai tertinggi dari negara-negara Afrika Timur dan Selatan menggesa gencatan senjata segera di Republik Demoktratik Congo, sambil menyeru semua pihak untuk mengutamakan dialog berbanding konflik, lapor Agensi Anadolu pada Jumaat.
Setiausaha Agung Amnesty International Agnes Callamard mengecam perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenakan sekatan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), menyifatkannya sebagai tindakan "melulu" yang memberi isyarat bahawa Israel berada di atas undang-undang dan melemahkan prinsip keadilan sejagat.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau menghentikan akses keselamatan bekas presiden Joe Biden serta menamatkan taklimat risikan hariannya, lapor Xinhua.
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
Penggantungan program bantuan luar oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump boleh menyebabkan 6.3 juta kematian akibat HIV dan AIDS dalam tempoh empat tahun akan datang, menurut sebuah organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menangani penyakit itu.
KUMPULAN pejuang Hamas mengumumkan tiga lagi nama tahanan Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu.
Ireland pada Jumaat mengumumkan bantuan tambahan sebanyak AS$20.7 juta kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) bagi menyokong usaha agensi itu dalam menyalurkan bantuan kepada penduduk di Gaza, Tebing Barat serta pelarian Palestin di seluruh Timur Tengah, lapor Agensi Anadolu (AA).