Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 3, 2025 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 Februari 2025.
1. AS tarik diri, Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO dijangka berlangsung dalam suasana krisis
Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin dijangka berlangsung dalam suasana krisis berikutan kesan daripada keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menarik diri.
2. Panama akan tamatkan penyertaan Inisiatif Jalur dan Laluan China - Presiden
Kerajaan Panama tidak akan memperbaharui memorandum persefahaman dengan China berkaitan Inisiatif Jalur dan Laluan, kata Presiden Jose Raul Mulino.
3. Tiga maut seorang hilang, bot Basarnas Indonesia meletup di perairan Tidore
Sebuah bot milik Basarnas meletup di perairan Gita, Pulau Tidore, Maluku Utara pada Ahad malam, mengorbankan tiga nyawa manakala seorang lagi dilaporkan hilang.
4. Trump hentikan bantuan kepada Afrika Selatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad berkata bahawa beliau akan menghentikan bantuan kepada Afrika Selatan.
5. Hamas puji penubuhan kumpulan The Hague, anggap langkah penting akhiri penjajahan Israel
Penubuhan kumpulan itu bertujuan menamatkan penjajahan Israel di tanah Palestin serta menyokong hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan menubuhkan sebuah negara merdeka.
6. Tindakan Israel di Tebing Barat adalah 'jenayah' - Pelapor Khas PBB
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Palestin Francesca Albanese, menyifatkan tindakan Israel di Tebing Barat sebagai "jenayah".
7. Tarif AS cetus kritikan, kebimbangan di Jerman
Langkah tarif yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap Kanada, Mexico dan China mencetuskan kritikan serta kebimbangan di Jerman
8. Trump umum rancangan adakan mesyuarat dan perbincangan dengan Rusia, Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan rancangan untuk mengadakan "pertemuan dan perbincangan" dengan Rusia dan Ukraine.
9. Pesawat United Airlines dikosongkan di landasan akibat masalah enjin
Lebih 100 penumpang dievakuasi dari pesawat di landasan di lapangan terbang Houston, di selatan Amerika Syarikat pada Ahad akibat masalah enjin.
10. Mesir tegas Gaza dibina semula tanpa pengusiran rakyatnya
Mesir mendedahkan ia mempunyai visi untuk pembinaan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin dari wilayah mereka.
#Hamas #Gaza #United Airlines #PBB #Mexico #Donald Trump #Afrika Selatan #Ukraine #Rusia #Palestin
;