Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 31, 2025 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 31 Januari 2025.
1. Hampir separuh rakyat Denmark dalam tinjauan anggap Amerika Syarikat sebagai ancaman
Penentangan umum terhadap usaha Donald Trump menguasai Greenland kekal tinggi, dengan 78 peratus rakyat Denmark menolak idea menjual pulau itu.
2. Pentadbiran Trump minta pegawai atasan FBI letak jawatan dalam rombakan besar
Rombakan ini melibatkan pegawai tertinggi di ibu pejabat FBI di Washington, termasuk mereka yang mengawasi keselamatan negara, siasatan jenayah, dan keselamatan siber.
3. Nahas udara Washington DC: Kedua-dua kotak hitam CVR, FDR American Airlines ditemukan
Punca nahas yang mengorbankan 67 nyawa itu, sama ada faktor manusia atau mekanikal, masih belum jelas, kata pegawai NTSB.
4. Menara kawalan trafik udara dilapor kekurangan kakitangan semasa nahas pesawat
Kekurangan kakitangan di menara kawalan trafik udara di Ronald Reagan Washington National Airport "tidak normal" semasa pelanggaran maut itu.
5. Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
6. 29 banduan Palestin yang dibebaskan tiba di Gaza di bawah pertukaran gencatan senjata
Sembilan daripada banduan yang dibebaskan berasal dari Gaza, manakala 20 lagi yang berasal dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis dipindahkan ke Gaza.
7. Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
8. Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif maut dibunuh Israel
Tentera Israel sebelum ini mengakui, mereka telah membunuh Deif dalam serangan udara pada Julai lalu, namun, Hamas hanya mengesahkan kematiannya semalam.
9. The Hague: 9 negara termasuk Malaysia bincang pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel
Kumpulan The Hague akan umum langkah-langkah undang-undang, ekonomi dan diplomatik bagi memastikan Israel bertanggungjawab.
10. Ahli Parlimen India ditahan selepas didakwa lakukan serangan seksual
Mangsa dakwa MP itu mengeksploitasinya secara seksual selama empat tahun dengan janji untuk mengahwini serta membantu memajukan kerjayanya.
#Syria #Bashar al-Assad #American Airlines #Donald Trump #Palestin #Gaza #Jakarta #FBI #Hamas #Israel
;