Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 25, 2025 23:59 MYT
Januari 25, 2025 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Januari 2025.
Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (DoI) pada Jumaat mengumumkan Teluk Mexico kini dikenali sebagai "Teluk Amerika" susulan perintah eksekutif yang dikeluarkan oleh Presiden Donald Trump, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Kementerian Luar dan Ekspatriat Palestin mendedahkan bahawa lebih tiga juta rakyat Palestin kini "dipenjarakan" di bandar, pekan, dan kem pelarian mereka oleh pihak berkuasa Israel, dengan menghadapi sekatan ketat terhadap akses kepada pekerjaan, pendidikan, penjagaan kesihatan, dan tempat ibadah.
"Jika saya mati, ampunkan saya, Ibu, Ayah," tulis Azmi Abu Al-Shaar, seorang kanak-kanak Palestin berusia 10 tahun dalam telefon bimbitnya sebelum terkorban dalam serangan udara Israel yang menyasarkan rumah keluarganya semasa serangan genosid ke atas Gaza yang berlarutan selama 15 bulan.
Dua ekor panda dari China membuat penampilan sulung kepada umum di Zoo Negara Washington, DC pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.
Kakitangan di Kompleks Beilinson Schneider di Israel mempersiapkan bilik dan rawatan sementara menunggu lebih banyak tebusan dibebaskan dari Gaza.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggambarkan tarif sebagai senjata ampuh terhadap China.
Filipina pada Jumaat menghantar sebuah kapal awam untuk menghantar bekalan kepada kapalnya yang terkandas secara haram di Ren'ai Jiao di Laut China Selatan, kata jurucakap Pengawal Pantai China (CCG), lapor Xinhua.
PASUKAN pejuang Palestin, Hamas telah merekrut antara 10,000 dan 15,000 anggota sejak bermulanya perang dengan Israel, menurut Reuters.
China pada Jumaat melancarkan garis panduan pertamanya untuk insurans kenderaan tenaga baharu (NEV), memperkenalkan langkah yang bertujuan menangani cabaran utama yang sedang dihadapi sektor itu, lapor Xinhua.
PRESIDEN Ukraine, Volodymyr Zelensky menuduh Presiden Rusia, Vladimir Putin cuba memanipulasi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mencapai matlamatnya.