Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 24, 2025 23:59 MYT
Januari 24, 2025 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberitahu pemberita pada hari Khamis bahawa Rusia “seharusnya ingin membuat perjanjian” dengan Ukraine dan menegaskan bahawa beliau akan bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin segera.
Seorang hakim Persekutuan akan mengeluarkan perintah sekatan sementara pada Khamis untuk menghalang perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang bertujuan menamatkan kewarganegaraan kelahiran automatik.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Khamis menandatangani satu perintah eksekutif berkaitan kecerdasan buatan (AI) untuk "menjadikan Amerika sebagai pusat dunia dalam kecerdasan buatan," kata seorang pembantunya kepada pemberita di Pejabat Oval, White House.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meminta Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menurunkan harga minyak selain menuntut global menurunkan kadar faedah.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis melaporkan peningkatan ketara dalam operasi penghantaran bantuan susulan pelaksanaan gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
enat Amerika Syarikat (AS) pada Khamis meluluskan pelantikan bekas Pengarah Perisikan Kebangsaan, John Ratcliffe sebagai Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang baharu di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sekurang-kurangnya satu juta kanak-kanak di Gaza memerlukan sokongan segera dalam kesihatan mental dan psikososial bagi menangani tekanan, kebimbangan serta pemikiran untuk membunuh diri, menurut Ketua Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) melonggarkan dasar monetarinya pada Jumaat, langkah pertama seumpamanya sejak Mac 2020.
Seorang komander pasukan pejuang Hamas dilaporkan muncul kembali di utara Semenanjung Gaza walaupun Israel mendakwa telah membunuhnya tahun lalu.
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata, pada Khamis, Mexico sedang merangka program pekerjaan untuk rakyat Mexico yang dijangka dihantar pulang susulan perintah eksekutif terkini Presiden Donald Trump.