Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 21, 2025 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Januari 2025.
1. Palestin kecam perintah Trump hapuskan sekatan ke atas peneroka haram Israel
Kerajaan Palestin pada Selasa mengutuk keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang membatalkan sekatan yang dikenakan terhadap peneroka haram Israel yang didakwa melakukan keganasan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki.
2. Trump tandatangan perintah eksekutif tangguh larangan TikTok
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani perintah eksekutif pada Isnin untuk menangguhkan larangan terhadap aplikasi video pendek popular, TikTok selama 75 hari.
3. Trump keluarkan AS daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengeluarkan Amerika Syarikat (AS) daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
4. Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma 100 kali ganda akibat kebakaran
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma sehingga 100 kali ganda akibat kebakaran, manakala paras klorin meningkat sebanyak 40 kali ganda.
5. Gempa bumi di Taiwan cederakan 15 orang
Sekurang-kurangnya 15 orang cedera selepas gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda Taiwan.
6. Tanah runtuh di Pekalongan, Jawa Tengah ragut 16 nyawa, tiga lagi hilang
Tanah runtuh di Pekalongan, Jawa Tengah, meragut sekurang-kurangnya 16 nyawa dan mengakibatkan tiga lagi dilaporkan hilang, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.
7. Kebakaran di resort ski terkemuka Turkiye, sekurang-kurangnya 10 maut, 32 cedera
Insiden kebakaran di sebuah resort ski terkemuka di Turkiye pada Selasa mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang manakala 32 yang lain cedera, lapor Kementerian Dalam Negeri.
8. Singapura ketatkan peraturan masa skrin untuk kanak-kanak
Singapura telah memperkenalkan langkah lebih ketat bagi mengawal penggunaan skrin dalam kalangan kanak-kanak di sekolah dan prasekolah sebagai sebahagian daripada inisiatif kesihatan pelbagai kementerian yang dilancarkan pada Selasa.
9. Kabinet Thailand akan bincang langkah hadapi pencemaran udara
Kementerian Kesihatan Awam Thailand akan mengadakan mesyuarat bagi menangani masalah pencemaran udara yang semakin buruk di negara itu, dengan memberi tumpuan kepada tahap tinggi zarah halus PM2.5.
10. Trump ampunkan hampir 1,500 defendan serangan 6 Jan ke atas Capitol AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin menandatangani perintah eksekutif untuk memberikan pengampunan kepada mereka yang didakwa atas serangan ke atas Capitol AS pada 6 Jan 2021.
#berita pilihan #antarabangsa #Donald Trump #berita global #Berita AWANI
;