Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 20, 2025 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.
1. Trump, Biden minum pagi di White House sebelum majlis angkat sumpah
Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump akan minum pagi bersama pemimpin yang bakal menamatkan tempoh pentadbirannya, Joe Biden di White House sebelum majlis angkat sumpah.
2. Pencerobohan sempadan AS akan berakhir sebelum Isnin - Trump
Menjelang upacara angkat sumpahnya, Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump memberitahu penyokong bahawa beliau akan melaksanakan langkah kawalan imigresen pada hari pertama penggal keduanya memegang jawatan.
3. Trump janji nyahklasifikasi dokumen berkaitan pembunuhan Kennedy, Martin Luther King Jr
Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump berjanji pada Ahad bahawa beliau akan menyahklasifikasikan dokumen berkaitan pembunuhan bekas Presiden John F. Kennedy dan aktivis hak sivil Dr Martin Luther King Jr.
4. Trump janji batal beberapa perintah eksekutif Biden selepas angkat sumpah
Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad mengumumkan bahawa beliau akan membatalkan beberapa perintah eksekutif pentadbiran Joe Biden selepas beberapa jam mengangkat sumpah sebagai presiden pada Isnin.
5. Jepun zahir hasrat bertemu pentadbiran Trump, perkukuh hubungan dua hala
Jepun menyatakan hasrat untuk mengadakan pertemuan di antara Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih Donald Trump dan Perdana Menteri Shigeru Ishiba dalam masa terdekat.
6. Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.
7. Wartawan Astro AWANI, media pertama dari Malaysia ke Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Astro AWANI menjadi organisasi berita Malaysia pertama yang menghantar wartawannya membuat laporan langsung dan eksklusif dari Syria selepas kejatuhan rejim Bashar al-Assad.
8. 'Umpama keluar dari neraka' - Tahanan Palestin dakwa dilayan seperti haiwan di penjara Israel
Tahanan Palestin yang dibebaskan hari ini mendakwa mereka ditahan dalam keadaan mengerikan di penjara Israel di Tebing Barat yang diduduki.
9. Penduduk Bangkok diminta berada di rumah ekoran kualiti udara yang buruk
Pihak berkuasa menasihatkan penduduk Bangkok agar berada di dalam rumah ekoran ramalan kualiti udara yang buruk dan tahap pencemaran tinggi pada Isnin dan Selasa.
10. 92 peratus rumah di Gaza musnah akibat serangan Israel - OCHA
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) pada Isnin melaporkan bahawa 92 peratus rumah di Gaza atau sekitar 436,000 kediaman musnah atau rosak akibat serangan Israel, sementara 90 peratus penduduk Palestin hilang tempat tinggal.
#berita pilihan #antarabangsa #Donald Trump #gencatan senjata
;