Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 18, 2025 23:59 MYT
Januari 18, 2025 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Januari 2025.
Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
Dua hakim Mahkamah Agung Iran maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden tembakan di luar bangunan mahkamah itu di Tehran pada Sabtu.
Pasukan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan datang di bawah pimpinan Donald Trump merancang untuk memulakan serbuan besar-besaran terhadap migran tanpa dokumen di Chicago minggu depan.
Pengurusan aplikasi TikTok memaklumkan, perkhidmatan media sosial itu akan dihentikan di Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa esok jika pentadbiran Presiden Joe Biden tidak memberi jaminan.
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Jumaat menyatakan beliau mengadakan perbualan telefon yang "sangat baik" dengan Presiden China, Xi Jinping.
Bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyeru ASEAN bertindak sebagai satu blok untuk mencapai matlamat bersama sambil memberi jaminan sokongan Kerajaan Kemboja kepada Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan membantu usaha yang dirintis Jepudengan meminta negara itu menyegerakan persidangan mengenai Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) bagi membincangkan perkara berkenaan.
Majlis angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat (AS) yang bakal dilantik, Donald Trump, akan dipindahkan ke lokasi tertutup, seperti yang diumumkan pada Jumaat, disebabkan suhu yang sangat sejuk dijangka berlaku di ibu negara.
Presiden Rusia, Vladimir Putin memuji penandatanganan Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif antara Rusia dan Iran, yang disifatkan akan meningkatkan kerjasama dalam semua sektor.