Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 17, 2025 23:58 MYT
Januari 17, 2025 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Januari 2025.
Lima mayat telah dikeluarkan pada Jumaat daripada kebakaran yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di bahagian barat Jakarta pada Rabu malam.
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha itu akan membawa kepada kedamaian yang berterusan, pemberian bantuan dan pembinaan semula Gaza.
Aktres Kareena Kapoor akhirnya 'membuka mulut' selepas suaminya, Saif Ali Khan mengalami kecederaan parah setelah diserang perompak di kediaman mereka di Mumbai, India pada awal pagi Khamis.
Kabinet Israel akan bermesyuarat untuk memberikan kelulusan akhir terhadap perjanjian dengan Hamas bagi gencatan senjata di Semenanjung Gaza dan pembebasan tebusan, menurut pejabat Netanyahu.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia komited menyokong Myanmar dalam merangka laluan ke arah penyelesaian berkekalan terhadap krisis politik dan kemanusiaan.
Penyiasat menemui bulu burung dan darah dalam kedua-dua enjin pesawat Jeju Air yang terhempas di Korea Selatan bulan lalu, mengorbankan 179 orang.
Ini merupakan undi tidak percaya pertama dihadapi Bayrou sejak pembentukan kerajaannya pada 23 Dis 2024.
Dengan gencatan senjata yang hampir tercapai, para aktivis kemanusiaan menyeru peningkatan besar-besaran bantuan kemanusiaan ke Gaza yang musnah akibat perang.
Al-Thawabteh menggesa penduduk Palestin yang dipindahkan agar "mematuhi protokol kerajaan dan kembali melalui jalan pantai Al-Rasheed di barat Gaza untuk memastikan keselamatan mereka dan keluarga mereka."