Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 16, 2025 23:58 MYT
Januari 16, 2025 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Januari 2025.
Warga Palestin mengharapkan perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui itu akan benar-benar menamatkan keganasan Israel ke atas mereka.
Perjanjian gencatan senjata Hamas-Israel merupakan langkah pertama untuk menamatkan konflik yang telah mengorbankan banyak nyawa rakyat Palestin, kata Kementerian Luar.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu mengambil langkah lebih agresif bagi memastikan perjanjian gencatan senjata di Semenanjung Gaza, yang dijadual dilaksanakan bermula Ahad ini, dipatuhi oleh semua pihak.
Ahli biro politik Hamas Khalil al-Hayya memuji "pendirian terhormat" Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan, bersama negara lain.
Perdana Menteri Shehbaz Sharif berkata Pakistan telah mengurangkan tarif elektrik untuk kenderaan elektrik (EV) dengan ketara sebagai langkah yang sesuai untuk menggalakkan penggunaan kenderaan tanpa pelepasan karbon dan mesra alam di negara itu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada Rabu bahawa lebih 500,000 kanak-kanak di Afghanistan berisiko mengalami kekurangan nutrisi makanan pada 2025.
Thailand telah mengumumkan kemas kini kepada program visa pemastautin jangka panjang untuk meningkatkan daya tarikannya kepada pakar, pelabur dan eksekutif asing dalam usaha memperkukuh kumpulan profesional berkemahiran tinggi serta daya saing global negara Asia Tenggara itu.
Mesir sedang siap siaga untuk membuka semula Pintu Masuk Rafah bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza susulan laporan mengenai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei.
Joe Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.