Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 13, 2025 23:59 MYT
Januari 13, 2025 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.
Angka korban akibat kebakaran hutan yang dahsyat di California, Amerika Syarikat (AS), meningkat kepada 24 orang pada Ahad.
Sekurang-kurangnya 23 orang maut dan lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di lebuh raya sekitar perkampungan Abu Qurain berhampiran kawasan Al-Loud di timur Libya.
Seorang warga Malaysia dan enam anggota sukarelawan pertahanan cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran Balai Polis Daerah Mueang Pattani, Wilayah Pattani, selatan Thailand.
China adalah negara besar dan kuat yang sedia memberikan bantuan kepada negara lain, menghadapi persaingan dan berusaha menjalinkan kerjasama, kata bekas Perdana Menteri Mesir, Essam Sharaf.
Tahun 2024 telah disahkan oleh laporan Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah sebagai tahun yang paling panas sejak suhu mula direkodkan.
Penyandang Presiden Croatia Zoran Milanovic mendahului pencabarnya Dragan Primorac dalam pusingan kedua pilihan raya presiden yang diadakan pada Ahad.
Sekurang-kurangnya tujuh individu maut akibat tanah runtuh di Ipatinga, Minas Gerais, Brazil.
Israel merancang menggunakan hasil cukai yang dikutip bagi Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk membayar hutangnya kepada syarikat elektrik milik kerajaan Israel, Israel Electric Co (IEC) yang bernilai hampir AS$544 juta.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, mendesak perjanjian gencatan senjata dikuatkuasakan segera di Gaza.
erman akan menyediakan tambahan EUR50 juta (AS$51 juta) sebagai bantuan kemanusiaan kepada Syria, kata Menteri Luar Annalena Baerbock pada Ahad di luar persidangan antarabangsa di ibu negara Arab Saudi, Riyadh.