Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 12, 2025 23:58 MYT
Januari 12, 2025 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Januari 2025.
China kini mengehadkan kanak-kanak di negara tersebut boleh bermain permainan video selama 15 jam sahaja sepanjang sebulan cuti sekolah.
Lawatan itu menekankan usaha Jepun untuk mengukuhkan hubungan dengan sekutu utamanya di bawah pentadbiran baharu, lapor agensi berita Kyodo yang memetik sumber kerajaan..
Lebih 700 aktivis iklim ditahan pada Sabtu semasa demonstrasi di lebuh raya berhampiran The Hague apabila mereka menghalang laluan dan enggan bersurai, menurut polis Belanda.
Aktres Jennifer Garner melahirkan rasa dukacita dan bersedih melihat bencana kebakaran hutan di Los Angeles yang turut mengorban sahabat dan memusnahkan ribuan kediaman penduduk di Palisades dan Eaton.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sabtu menganugerahkan Pingat Kebebasan Presiden dengan penghormatan khas kepada Paus Francis, anugerah awam tertinggi AS.
Kira-kira 240 periuk api antikereta kebal yang terlepas daripada pemeriksaan tentera Poland, secara tidak sengaja dihantar ke gudang sebuah syarikat perabot di negara itu.
Gunung Ibu di wilayah Maluku Utara, Indonesia meletus pada Sabtu, memuntahkan awan yang mengandungi abu setinggi 4,000 meter dari puncaknya, sekali gus mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada orang ramai.
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol tidak akan menghadiri sesi pendengaran pertama kes pendakwaannya minggu ini atas faktor keselamatan, lapor agensi berita Yonhap yang memetik kenyataan peguamnya pada Ahad.
Beberapa kawasan di Indonesia dilanda banjir besar dan angin kencang susulan hujan lebat berterusan, menyebabkan kemusnahan meluas termasuk rumah tenggelam, kerosakan kemudahan awam dan kawasan pertanian yang terjejas.
Tiada penyakit berjangkit baharu dikesan di China dan penyakit berjangkit pernafasan yang wujud ketika ini semuanya disebabkan oleh patogen yang diketahui, menurut seorang pakar Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (China CDC)