Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 11, 2025 23:59 MYT
Januari 11, 2025 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat melaporkan bahawa pihak berkuasa pndudukan Israel terus menghalang bantuan penting daripada sampai kepada mereka yang memerlukan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Xinhua.
Azerbaijan sentiasa menjadi anggota dunia Islam yang dihargai dan ia secara konsisten mempertahankan kepentingan negara Islam dalam semua pertubuhan antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Presidennya Ilham Aliyev.
GARA-GARA bertengkar dengan teman wanita, seorang lelaki nekad membuka pintu pesawat yang bersedia untuk berlepas walau cuba dihalang penumpang yang lain.
Empat orang terbunuh manakala 16 lagi cedera dalam insiden rempuhan di Masjid Umayyad yang menjadi mercu tanda di Damsyik pada Jumaat, lapor Agensi Berita Rasmi Syria (SANA).
Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih, Donald Trump, di Mar-a-Lago pada Jumaat, menurut laporan laman berita Semafor yang memetik sumber yang mengetahui perkara tersebut.
Sebanyak 11 kematian akibat kebakaran kini telah disahkan oleh Pejabat Pemeriksa Perubatan Daerah Los Angeles.
Menteri Luar Austria, Alexander Schallenberg mengangkat sumpah sebagai Canselor sementara negara itu, pada Jumaat susulan peletakan jawatan Karl Nehammer baru-baru ini, lapor Xinhua.
Nicolas Maduro mengangkat sumpah sebagai Presiden Venezuela untuk penggal ketiga pada Jumaat di sebalik pelbagai kontroversi, kecaman dan tuduhan yang diterima sama ada dari dalam negara dan di peringkat antarabangsa.
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilepaskan tanpa syarat di New York pada Jumaat selepas disabitkan dengan 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan, lapor UPI.