Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 10, 2025 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Januari 2025.
1. Malaysia setuju pengerusikan bersama mesyuarat menteri CEAPAD - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan persetujuan Malaysia menjadi pengerusi bersama Mesyuarat Peringkat Menteri bagi Persidangan mengenai Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) yang diterajui Jepun, pada Julai ini.
2. Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden Amerika Syarikat (AS) yang bakal dilantik Donald Trump pada Khamis mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.
3. 179,000 dipindahkan susulan kebakaran hutan di Los Angeles
Kebakaran hutan paling dahsyat dalam sejarah Los Angeles pada Khamis telah memusnahkan lebih 54 batu persegi kawasan, meranapkan ribuan struktur dan mengorbankan sekurang-kurangnya lima nyawa.
4. Biden beri penghormatan kepada bekas Presiden Carter di pengebumian negara
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberikan penghormatan kepada mendiang bekas Presiden Jimmy Carter pada Khamis dalam majlis pengebumian negara yang diadakan di Washington DC.
5. Harris batalkan lawatan ke Singapura, Bahrain, Jerman akibat kebakaran hutan di Los Angeles
Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris memutuskan untuk membatalkan lawatannya ke Singapura, Bahrain dan Jerman berikutan kebakaran hutan di Los Angeles dan kawasan sekitarnya.
6. Mahkamah New York tolak permohonan Trump tangguh tarikh jatuh hukum kes wang sogokan
Mahkamah Rayuan New York pada Khamis menolak permohonan Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump bagi menangguhkan ketetapan hukuman membabitkan kes sogokan yang dijadualkan pada Jumaat.
7. Seorang maut, pesawat kecil meletup di Brazil
Sebuah pesawat yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di pantai Sao Paulo, Brazil, pada Khamis.
8. Kerugian bencana alam global 2024 cecah US$320 bilion - Munich Re
Bencana alam seperti taufan dan banjir dijangka menyebabkan kerugian global berjumlah US$320 bilion pada 2024, menurut laporan yang dikeluarkan oleh gergasi reinsurans (insurans semula) Jerman, Munich Re.
9. Kanser bekas Presiden Uruguay merebak ke hati
Doktor perubatan yang merawat bekas Presiden Uruguay, Jose Mujica memberitahu, hasil pemeriksaan kesihatan terhadap bekas pemimpin yang terkenal dengan gaya hidup sederhana itu mendapati metastasis kanser esofagus mula merebak ke hati.
10. Kebakaran hutan di California: Jumlah korban meningkat kepada 10
Jumlah korban akibat kebakaran hutan terburuk dalam sejarah California terus meningkat, dengan Pejabat Pemeriksa Perubatan Los Angeles melaporkan bahawa 10 orang maut setakat ini, lapor United Press International (UPI).
#berita pilihan #antarabangsa #Los Angeles #kebakaran hutan
;