Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 7, 2025 23:58 MYT
Januari 7, 2025 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Januari 2025.
China menjadi pasaran sumber pelancong terbesar Thailand pada 2024, menyumbang 6.7 juta pelawat, diikuti Malaysia (4.9 juta).
Kisah seekor anjing yang setia menunggu kepulangan tuannya di rumah tanpa menyedari pemiliknya terlibat dalam nahas kapal terbang di Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan, telah menyentuh hati ramai.
Walaupun terdapat krisis keselamatan global, momentum positif dalam kewangan iklim, perdagangan dan inovasi telah memberikan sedikit harapan.
Cuaca buruk itu menyebabkan gangguan terhadap pengangkutan dan infrastruktur dengan hampir 70 juta orang berada di bawah amaran cuaca musim sejuk.
Sekurang-kurangnya 95 orang maut dan 130 yang lain cedera setakat ini akibat gempa bumi berukuran 6.8 magnitud yang melanda kawasan terpencil di Tibet, China.
Banyak rumah dilaporkan runtuh di Kampung Tonglai yang terletak di Perbandaran Changsuo Dingri di Xigaze.
Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjangka lebih banyak tumpuan akan diberikan kepada tarif dan dasar industri pada penggal kedua kepresidenan Donald Trump.
Jeju Air mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan sebanyak 10-15 peratus menjelang Mac sebagai langkah meningkatkan keselamatan operasi.
Seorang pesakit di negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS) menjadi individu pertama meninggal dunia akibat selesema burung atau H5N1 di negara itu, kata pihak berkuasa pada Isnin, lapor Xinhua.
Peluru berpandu itu terbang sejauh kira-kira 1,500 kilometer pada kelajuan 12 kali ganda kelajuan bunyi pada hari sebelumnya.