Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 5, 2025 23:59 MYT
Januari 5, 2025 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Januari 2025.
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol merancang untuk memberi keterangan semasa perbicaraan kesnya di Mahkamah Perlembagaan berhubung cubaan beliau untuk melaksanakan undang-undang tentera awal bulan lepas yang gagal, kata peguam Yoon pada Ahad, lapor Agensi Berita Yonhap.
Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua.
Sepuluh wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza pada Disember 2024, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik sebuah kumpulan media pada Sabtu.
Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) pada Sabtu mengecam tindakan tentera Israel memusnahkan menara pemerhati tentera Lubnan serta mengalihkan tong biru yang menandakan garisan pengunduran antara Lubnan dan Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
Pihak berkuasa Korea Selatan pada Ahad menamatkan operasi pencarian di lokasi nahas pesawat Jeju Air, seminggu selepas kemalangan maut yang meragut 179 nyawa ketika proses pemulihan hampir selesai, lapor agensi berita Yonhap.
SEORANG pempengaruh terkenal dari Thailand, Bank Leicester dilaporkan maut selepas melakukan cabaran meminum tiga botol alkohol dalam sebuah pesta yang diadakan pada 25 Disember lalu.
Seorang maut manakala 35 yang lain cedera dalam kejadian letupan di Turbat, Pakistan pada Sabtu.
Seorang suami di Sumenep tergamak membunuh isterinya hanya kerana wanita itu bertindak 'dingin' selepas ditunjukkan sebuah kandungan video TikTok.
Minuman beralkohol disarankan untuk menyertakan amaran tentang risiko kanser pada labelnya, kata pakar bedah am Amerika Syarikat (AS), Vivek Murthy.
Serangan udara yang dilancarkan oleh tentera Israel di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam telah meragut sekurang-kurangnya 70 nyawa, menurut laporan pasukan perubatan Palestin.