Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 3, 2025 23:59 MYT
Januari 3, 2025 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Januari 2025.
Pendakwa raya pada Jumaat mendakwa komander tertinggi Tentera Darat dan ketua unit perang khasnya berhubung peranan mereka dalam penguatkuasaan undang-undang tentera yang singkat bulan lalu.
Lebih 115,000 rakyat Syria pulang ke tanah air sejak kejatuhan rejim Assad, menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) pada Khamis.
Salji tebal dijangka melanda utara dan timur Jepun sehingga Sabtu, terutamanya di kawasan pergunungan sepanjang pantai Laut Jepun, menurut agensi cuaca negara itu pada Jumaat.
Presiden terpilih Donald Trump dan ribuan penyokongnya akan berkumpul di Washington, D.C., sehari sebelum majlis pelantikan yang akan datang, lapor United Press International (UPI).
Agensi anti-rasuah Korea Selatan menangguhkan percubaannya untuk menahan Presiden Yoon Suk Yeol.
Sherif Clark County, Kevin McMahill mengenal pasti pemandu sebagai Matthew Livelsberger dalam satu sidang akhbar.
Tragedi pesawat Jeju Air turut meninggalkan seekor anjing peliharaan yang diberi nama Pudding, yang terus menunggu pemiliknya yang tidak akan kembali.
Penyiasat Korea Selatan yang cuba melaksanakan waran penahanan terhadap Presiden Yoon Suk Yeol kini berdepan kebuntuan dengan Perkhidmatan Keselamatan Presiden (PSS) di luar kediaman presiden.
Kejadian berlaku sekitar 2.09 petang waktu tempatan (2209 GMT), kira-kira 40 kilometer di tenggara pusat bandar Los Angeles.
Bourbon Street di New Orleans dibuka semula pada Khamis, sehari selepas "serangan pengganas" di New Orleans yang meragut sekurang kurangnya 14 nyawa.