Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 2, 2025 23:59 MYT
Januari 2, 2025 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Januari 2025.
Rakyat Palestin dan Syria menanggung derita tidak terhingga akibat konflik yang tiada penghujungnya.
Presiden Senegal Bassirou Diomaye Faye mengumumkan pada Selasa "pengakhiran kehadiran semua tentera asing" di negara Afrika Barat itu pada 2025 dalam ucapan sempena Tahun Baharu, lapor Xinhua.
Polis pada Khamis menyerbu Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, pejabat Jeju Air dan beberapa lokasi lain berhubung nahas pesawat syarikat penerbangan itu yang mengorbankan 179 nyawa.
Angka korban akibat insiden jambatan runtuh di utara Brazil pada 22 Dis lepas, meningkat kepada 12 orang.
Pengebumian pertama bagi mangsa nahas pesawat Jeju Air diadakan pada Khamis, lima hari selepas tragedi di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di barat daya Korea Selatan yang meragut nyawa 179 orang.
Polis Honolulu menggesa orang ramai "mengelakkan kawasan itu kerana pasukan pertolongan cemas memberikan bantuan perubatan dan lain-lain."
Insiden yang berlaku sekitar 3 petang waktu tempatan bermula dengan satu pertembungan ganas di sebuah restoran tempatan.
Angka korban dalam "serangan pengganas" di New Orleans meningkat kepada sekurang-kurangnya 15 orang, menurut FBI.
Pentadbiran Joe Biden sedang siasat kemungkinan kaitan antara letupan Cybertruck di hotel Trump dan rempuhan trak pikap di New Orleans.
Selepas berbulan berselisih pendapat dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Yollant akhirnya undur diri.