Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 1, 2025 23:58 MYT
Januari 1, 2025 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Januari 2025.
Larangan ini tidak terpakai di dalam pesawat, premis diplomatik atau konsul, tempat keagamaan, atau dalam situasi di mana tidak menutup wajah boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan atau keselamatan, atau mengganggu adat tempatan.
Kejadian itu berlaku pada Selasa apabila seorang lelaki berusia 73 tahun memandu sedannya merempuh orang ramai di Pasar Mokdong Kkaebi di barat daya Seoul.
Penerbangan 21 Hawaiian Airlines mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma. Hawaiian Airlines memaklumkan bahawa asap itu tidak kelihatan dan menggambarkannya sebagai wap.
Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan di Wilayah Pendudukan (OCHA), Jonathan Whittall, menjelaskan bahawa tentera pendudukan Israel terus melancarkan serangan udara di kawasan Jabalia dan sekitarnya, yang turut menyasarkan hospital serta petugas kesihatan.
Sungguhpun begitu, kadar kelahiran sepanjang 2024 adalah lebih rendah berbanding 2023 dimana penduduk bumi meningkatkan sebanyak 75 juta.
Angka ini diunjurkan meningkat tujuh peratus daripada musim puncak perjalanan perayaan tahun lepas dan berpotensi mencatat rekod tertinggi.
Umat Islam wajib membela serta mempertahankan rakyat dan Palestin daripada segala bentuk kezaliman, pencerobohan dan penjajahan rejim Zionis Israel.
Keputusan itu selaras dengan Protokol bagi Eksport Produk Sarang Burung dari Malaysia ke China.
Perdana Menteri Lawrence Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata dengan ekonomi yang lebih kukuh, pendapatan sebenar negara dijangka terus meningkat.
Indonesia pada Rabu mula melaksanakan cukai nilai tambah (VAT) sebanyak 12 peratus ke atas barangan dan perkhidmatan mewah, iaitu peningkatan sebanyak satu peratus.