Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 26, 2024 23:58 MYT
Disember 26, 2024 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Disember 2024.
Sekurang-kurangnya 38 orang terkorban selepas sebuah pesawat milik Azerbaijan Airlines terhempas di bandar Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Ucapan takziah juga boleh disampaikan secara bertulis melalui e-mel kepada kedutaan di kualalumpur@mission.mfa.gov.az.
Pihak santuari memberitahu, fasiliti itu berada di bawah kuarantin dan akan ditutup sementara, bagi membolehkan habitat disanitasi.
Melalui kerjasama pihak berkuasa Kazakhstan, Pejabat Peguam Negara Azerbaijan sedang menyiasat punca kejadian dan membuka kes jenayah.
Parti Demokratik telah berikrar untuk mendakwa Han melainkan pemangku presiden meluluskan pelantikan calon hakim yang dicadangkan mereka.
China bersedia terus mengekalkan komunikasi dan penyelarasan dengan jabatan berkaitan dari Palestin dan Mesir untuk mendorong pelaksanaan bantuan kemanusiaan berterusan kepada Gaza melalui Mesir.
Asma al-Assad sedang diasingkan untuk mencegah jangkitan dan tidak boleh berada di dalam bilik yang sama dengan individu lain.
Wang Yi berkata, kedua-dua pihak perlu menjana impak sosial dalam suasana proaktif, terutamanya menyokong pertukaran antara kumpulan pemikir.
Azerbaijan mengisytiharkan perkabungan negara pada Khamis untuk memperingati mangsa tragedi nahas pesawat Embraer 190 yang terhempas ketika dalam penerbangan dari Baku ke Grozny.
Dr Hussam berkata tentera pendudukan itu menyasarkan petugas dan pesakit yang cuba bergerak keluar dari hospital, sambil menekankan bahawa situasi itu sangat berbahaya.