Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 18, 2024 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.
1. Amerika Syarikat serah 2 rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo
Amerika Syarikat (AS) telah menyerahkan dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba, sejak 2006.
2. Trump saman akhbar Iowa, firma tinjauan dakwa campur tangan pilihan raya
Donald Trump memfailkan saman terhadap sebuah akhbar di Iowa dan firma tinjauan berhubung ramalan salah yang diterbitkan.
3. Seorang maut, 9 cedera dalam insiden tembakan di Maryland, AS
Tembakan berlaku di sebuah rumah pengebumian. Polis menemukan sebuah kereta terbalik dan terbakar di lokasi kejadian.
4. Selesema burung H5N1: Risiko kepada orang ramai kekal rendah - WHO
WHO memberi jaminan kepada orang ramai bahawa risiko jangkitan manusia daripada selesema burung H5N1 kekal rendah.
5. Banduan hukuman mati Filipina dihantar pulang selepas rundingan panjang dengan Indonesia
Seorang rakyat Filipina yang dijatuhi hukuman mati di Indonesia, akhirnya kembali ke Manila pada pagi Rabu setelah melalui rundingan panjang selama bertahun-tahun antara kedua-dua negara.
6. Badan Perwakilan Pemilih AS sahkan kemenangan Trump dalam pilihan raya 2024
Badan Perwakilan Pemilih Amerika Syarikat (US Electoral College) secara rasmi mengesahkan kemenangan Presiden terpilih Donald Trump dan Naib Presiden pilihan JD Vance, lapor Sputnik/RIA Novosti.
7. Tentera Perancis bantu penduduk Mayotte terkesan Taufan Chido
Pihak berkuasa di Mayotte berdepan kesukaran menangani masalah kelaparan, penyakit dan ketidakaturan undang-undang yang semakin meluas.
8. Luigi Mangione didakwa bunuh eksekutif Unitedhealth Group
Mangione menghadapi 11 pertuduhan, termasuk pembunuhan darjah pertama dan pembunuhan sebagai jenayah keganasan.
9. Kubur besar di Syria kebumi lebih 100,000 mayat dedah kekejaman Bashar al-Assad
Bukti yang diperoleh dari 66 tapak kubur besar di Syria mendedahkan 'mesin kematian' yang dikendalikan kerajaan di bawah pimpinan Assad.
10. Ireland denda Meta 251 juta euro atas pelanggaran data Facebook
Pelanggaran itu disebabkan oleh kelemahan dalam fungsi muat naik video pada ciri 'View As' Facebook, yang mendedahkan data peribadi sensitif.
#berita pilihan #antarabangsa #Influenza #Facebook
;