Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 16, 2024 23:59 MYT
Disember 16, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Disember 2024.
Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) hari ini secara umum dan rasmi memecat Joko Widodo (Jokowi), anaknya, Gibran Rakabuming Raka, dan menantunya, Bobby Nasution, dan 27 pengikut lainnya dari parti berkenaan.
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dilantik sebagai penasihat peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengetuai ASEAN sebagai pengerusi baharu tahun depan.
Seorang bekas jeneral ditahan pada Sabtu di Brazil atas dakwaan terlibat dalam rancangan rampasan kuasa terhadap kerajaan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.
Lima rakyat Australia terakhir daripada kumpulan terkenal penyeludup heroin, “Bali Nine”, telah pulang ke tanah air selepas Canberra mencapai perjanjian dengan Indonesia untuk menamatkan hukuman penjara selama dua dekad di luar negara.
Filipina mengarahkan pihak berkuasa tempatan pada Ahad untuk melengkapkan proses pemindahan penduduk dalam zon bahaya sekitar enam kilometer daripada Gunung Berapi Kanlaon menjelang Isnin berikutan peningkatan aktiviti gunung berapi itu.
Kerajaan Pakistan melancarkan kempen anti-polio baharu secara besar-besaran pada Ahad selepas jumlah kes meningkat kepada 63 setakat ini pada 2024, menurut Pejabat Perdana Menteri.
Kementerian Luar Thailand akan menganjurkan dua mesyuarat serantau minggu ini bagi membincangkan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC) berhubung krisis yang sedang berlaku di Myanmar.
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
Bank of England dijangka mengekalkan kadar faedah semasa dalam keputusan dasar seterusnya pada Khamis.
Berdepan dengan penurunan tahunan dalam pengeluaran minyak pasca jualan dan gangguan pada rantaian bekalan global, Indonesia menghadapi cabaran besar untuk mengekalkan keterjaminan bekalan minyak.