Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 9, 2024 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
1. Negara-negara Arab sambut baik perkembangan di Syria selepas Assad digulingkan
Beberapa negara Arab menyambut baik perkembangan terkini di Syria yang menyaksikan tampuk pimpinan Bashar al-Assad digulingkan, sambil menyeru langkah-langkah untuk memastikan kestabilan, pembangunan dan mengelakkan huru-hara yang berterusan, lapor Agensi Anadolu.
2. Kejatuhan rejim Assad kemenangan bagi negara Islam - Abu Mohammed al-Jolani
Pemimpin utama di sebalik kumpulan pembebas Syria, Abu Mohammed al-Jolani menyifatkan penggulingan Presiden Bashar al-Assad sebagai "kemenangan bagi seluruh negara Islam" dalam kenyataan umum pertamanya sejak menawan kota ini.
3. Kenali Abu Mohammed al-Jolani, individu penting di sebalik kejatuhan rejim Assad
Konflik berpanjangan yang berakhir pada Ahad menumbangkan rejim kekuasaan keluarga Bashar al-Asaad selama lebih enam dekad di Syria.
4. Bendera pemberontak Syria digantung di bangunan konsulat di Moscow
Bendera pemberontak Syria digantung di luar konsulat negara itu di St. Petersburg, Moscow pada Ahad.
5. Amerika Syarikat, Turkiye bincang situasi di Syria
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin berkata, beliau telah berbincang dengan rakan sejawatannya dari Turkiye, Yasar Guler mengenai situasi di Syria ketika ini.
6. Biden ulangi ikrar bawa pulang wartawan Austin Tice yang ditahan di Syria sejak 2012
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengulangi komitmennya untuk membawa pulang wartawan Austin Tice susulan kejatuhan rejim Bashar al-Assad.
7. FBI perbaharui tawaran 1 juta dolar kepada pemberi maklumat mengenai wartawan Austin Tice
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) masih menawarkan ganjaran sehingga AS$1 juta (RM4.4 juta) untuk maklumat yang boleh membawa wartawan Austin Tice kembali ke pangkuan keluarganya susulan kejatuhan rejim Bashar al-Assad di Syria.
8. Trump janji usaha 'pengusiran jutaan migran' hari pertama sebagai presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump merancang untuk melancarkan usaha mengusir jutaan pendatang haram dan mengenakan tarif ke atas negara asing yang menjalankan perniagaan dengan negara itu.
9. Ketua PPP Korea Selatan ikrar minimumkan kekacauan dengan 'pengunduran awal' Yoon
Ketua Parti Kuasa Rakyat (PPP) Korea Selatan, Han Dong-hoon, berikrar pada Ahad untuk meminimumkan kesan daripada pengisytiharan undang-undang tentera Presiden Yoon Suk Yeol yang kontroversi dengan memastikan pengunduran presiden dilakukan secara "awal" dan "teratur," lapor Yonhap.
10. Resepsi bertemakan perkahwinan tradisional Melayu mulakan kepengerusian ASEAN 2025 Malaysia dengan meriah
Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memulakan Kepengerusian ASEAN 2025 dengan penuh warna-warni menerusi majlis resepsi unik bertemakan perkahwinan tradisional Melayu yang menggabungkan warisan budaya dan kepentingan diplomatik.
#berita pilihan #antarabangsa #Donald Trump #Bashar al-Assad
;