Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 7, 2024 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
1. Peru isytihar darurat di Callao untuk banteras jenayah terancang
Peru pada Jumaat mengisytiharkan darurat di enam daerah wilayah pantai Callao berikutan peningkatan keganasan kumpulan jenayah terancang, lapor Agensi Anadolu (AA).
2. Tayar bas meletup, 26 maut dalam kemalangan di Cote D'ivoire
Sekurang-kurangnya 26 orang maut manakala 28 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di laluan Issia-Daloa, barat Cote d'Ivoire pada petang Jumaat, menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan negara itu.
3. Gus Miftah 'body shaming' pelawak senior undang kecaman
MIFTAH Maulana atau Gus Miftah terus menjadi sasaran kecaman orang ramai menerusi video lama yang sekali lagi mendedahkan 'keceluparannya' pada hari sama beliau melepaskan jawatannya sebagai Utusan Khas Presiden Indonesia.
4. AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria, lapor Sputnik/RIA Novosti.
5. Mahkamah Romania arah pilihan raya semula
Mahkamah Perlembagaan Romania pada Jumaat membatalkan pusingan pertama pilihan raya presiden, yang dimenangi calon berhaluan kanan ekstrem Călin Georgescu dan mengarahkan pilihan raya semula, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
6. WHO hantar pakar ke Congo siasat wabak penyakit misteri
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghantar pakar ke Republik Demokratik Congo untuk membantu pihak berkuasa kesihatan tempatan menyiasat wabak penyakit baharu yang membawa maut, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
7. 'Hina' penjual air teh: Prabowo sokong peletakan jawatan Gus Miftah
Presiden Indonesia Prabowo Subianto menyokong keputusan Miftah Maulana Habiburrahman, yang lebih dikenali sebagai Gus Miftah untuk meletak jawatan sebagai Utusan Khas Presiden bagi Kerukunan Beragama dan Pembinaan Kemudahan Keagamaan, berikutan tularnya sebuah video yang menunjukkan beliau menghina seorang penjual teh ais.
8. Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi
Kerajaan Belanda pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam bagi menangani pencemaran bunyi yang menjejaskan komuniti sekitar, lapor Xinhua.
9. Memperingati Pearl Harbor: Joe Biden zahir penghormatan kepada tentera AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menzahirkan penghormatan atas pengorbanan tentera AS sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor pada Jumaat.
10. Empat maut selepas dua lori bertembung di Cameroon
Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala beberapa lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua lori awal pagi Jumaat di Wilayah Tengah Cameroon, menurut polis tempatan.
#berita pilihan #antarabangsa #WHO #jenayah terancang
;