Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 6, 2024 23:58 MYT
Disember 6, 2024 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, didakwa telah mengarahkan penahanan ahli politik terkemuka daripada parti pemerintah dan pembangkang utama selepas mengisytiharkan undang-undang tentera awal minggu ini, menurut seorang pegawai risikan kanan pada Jumaat.
Pihak berkuasa ekonomi dan kewangan tertinggi Korea Selatan pada Jumaat memaklumkan bahawa pasaran kewangan dan pertukaran asing negara itu "semakin stabil" selepas kejadian pelaksanaan undang-undang tentera yang singkat awal minggu ini.
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis melantik bekas Ketua Pegawai Operasi PayPal David Sacks mengetuai agensi kecerdasan buatan (AI) dan mata wang kripto negara itu.
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov pada Khamis berkata bahawa negaranya akan mempertimbangkan cadangan Barat untuk menormalisasikan hubungan jika kepentingan Moscow turut diambil kira.
Amaran tsunami yang dikeluarkan selepas gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter melanda luar pantai California pada Khamis ditarik balik, menurut pihak berkuasa.
Perdana Menteri Lubnan Najib Mikati akan memimpin mesyuarat kabinet Sabtu ini bagi membincangkan tindakan segera berhubung kerosakan dan runtuhan infrastruktur awam akibat perang.
Tentera Israel dilapor meneruskan operasi di selatan Lubnan dengan tujuan memusnahkan infrastruktur ketenteraan Hezbollah.
Republik Demokratik Congo (DRC) berada pada tahap berjaga-jaga susulan kemunculan penyakit misteri yang telah meragut lebih 70 nyawa, menurut Menteri Kesihatan Awam DRC, Roger Kamba pada Khamis, lapor Xinhua.
Muhammad menjadi pilihan utama ibu bapa dalam menamakan bayi lelaki mereka di England dan Wales pada tahun lepas, dengan lebih 4,600 bayi lelaki berdaftar dengan nama itu, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS).
#Astro Awani
#Korea Selatan
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#China
#Rusia
#tsunami
#skala Richter
#gempa bumi
#California
#lubnan
#England
#Muhammad