Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 4, 2024 23:59 MYT
Disember 4, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 Disember 2024.
Namibia mencipta sejarah apabila memilih Netumbo Nandi-Ndaitwah, calon Parti SWAPO dan Naib Presiden negara itu sebagai Presiden wanita pertama selepas beliau diumumkan menang dalam pilihan raya Presiden minggu lepas.
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol mengumumkan penarikan semula perintah undang-undang tenteranya susulan undian di Parlimen yang membatalkan pengisytiharan berkenaan.
Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) menyatakan kelegaan selepas Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol menarik balik pengisytiharan undang-undang tentera selepas dibantah oleh Parlimen negara itu.
Parlimen Korea Selatan pada Rabu meluluskan usul menuntut Presiden Yoon Suk Yeol membatalkan pengisytiharan undang-undang tentera, lapor agensi berita Yonhap.
Parti Demokratik (DP), parti pembangkang utama Korea Selatan pada Rabu menuntut agar Presiden Yoon Suk Yeol segera meletakkan jawatan selepas pengisytiharan mengejut undang-undang tentera yang dimansuhkan sejurus selepas Dewan Negara menolak pengisytiharan itu.
Keadaan di Korea Selatan telah kembali pulih sepenuhnya dengan penguatkuasaan undang-undang tentera kini ditarik balik di seluruh negara.
Indeks Harga Saham Komposit Korea Selatan (KOSPI) mengalami penurunan ketara sebanyak 1.97 peratus iaitu 2,440 mata pada pembukaan pagi ini.
Sepasang suami isteri dari Singapura yang dikehendaki berkaitan kes rasuah di negara itu dan menjadi pelarian selama 19 tahun telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa.
Perdana Menteri Timor Leste, Xanana Gusmao berkata antara cabaran lain didepani sebagai sebuah negara yang baharu adalah memahami kehendak generasi muda.
Seorang warga emas di Pennsylvania dipercayai terjatuh ke dalam tanah jerlus ketika mencari kucingnya, Isnin lalu.