Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 29, 2024 23:59 MYT
November 29, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Tentera Israel dan Hezbollah saling menuduh melanggar gencatan senjata yang dimeterai untuk menghentikan konflik selama lebih setahun.
Serangan udara Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 26 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza pada Khamis, menurut pegawai perubatan.
Agensi Kerja daan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan keadaan kelangsungan hidup semakin meruncing bagi kira-kira 65,000 hingga 75,000 orang yang dipercayai masih berada di utara Semenanjung Gaza.
Tiga orang maut dalam kebakaran yang memusnahkan dua bengkel, dua rumah dan sebuah kedai di Ilir Timur II, bandar Palembang, Sumatera, menurut polis tempatan.
Seorang penasihat kanan ketenteraan Iran dilaporkan terbunuh di Aleppo, Syria.
Rusia melancarkan serangan besar kedua bulan ini terhadap infrastruktur tenaga Ukraine pada Khamis, menyebabkan gangguan bekalan elektrik yang meluas di seluruh negara.
Sebanyak 76 buku teks digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) telah diperakui untuk kegunaan bilik darjah buat kali pertama, meliputi pelajar sekolah rendah hingga menengah atas, kata Kementerian Pendidikan Korea Selatan.
Hujan berterusan selama seminggu menyebabkan beberapa siri banjir dan tanah runtuh di seluruh wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Jangan putus harapan dan terus yakin bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pasti akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang.
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan langkah bantuan banjir yang pantas dan menyeluruh untuk Selatan Thailand, yang banjir teruk telah menyebabkan kemusnahan meluas.