Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 27, 2024 23:57 MYT
November 27, 2024 23:57 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 November 2024.
Mahkamah Tinggi Sendai pada Rabu mengekalkan keputusan mahkamah rendah yang menolak permintaan penduduk setempat untuk menghentikan operasi sebuah reaktor nuklear di timur laut Jepun.
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Serangan udara juga menyebabkan tiga individu terbunuh berhampiran Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia.
Parti bekas perdana menteri Pakistan yang dipenjarakan, Imran Khan pada Rabu membatalkan protes di ibu negara Islamabad selepas tindakan keras oleh pasukan keselamatan.
Seoul diliputi salji melebihi 16 sentimeter (cm) pada Rabu, mencatat rekod baharu bagi November sejak pemerhatian cuaca moden dimulakan pada 1907, menurut agensi cuaca negara.
Daniel Andreas San Diego dikehendaki di AS atas serangan pengganas yang dilakukannya di California pada 2003.
Tentera memaklumkan bahawa berdasarkan permintaan kerajaan, pasukan itu akan ditempatkan di selatan Lubnan dengan penyelarasan UNIFIL.
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu mengumumkan pencalonan usahawan John Phelan untuk jawatan Setiausaha Tentera Laut dalam pentadbirannya.
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
PBB akan terus berdiri bersama rakyat Palestin dan hak mereka yang tidak dapat dinafikan untuk hidup dengan aman, selamat dan bermaruah.
#ASEAN
#Donald Trump
#Laut China Selatan
#UNIFIL
#Pakistan
#gencatan senjata
#Imran Khan
#Israel
#Jepun
#FBI
#Gaza