Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 26, 2024 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
1. ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
ASEAN akan memperkenalkan pelan hala tuju jangka panjang selama 20 tahun, Visi Komuniti ASEAN 2045, semasa Sidang Kemuncak ASEAN di Malaysia pada tahun depan.
2. Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di Asia Barat pada Isnin memberi amaran bahawa permulaan musim sejuk telah memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Gaza.
3. G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Negara-negara Kumpulan Tujuh (G7) sedang mencari pendirian bersama mengenai waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
4. Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
5. Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
unung Dukono, yang terletak di wilayah Maluku Utara, timur Indonesia meletus pada Selasa, sekali gus mencetuskan amaran penerbangan, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi negara itu.
6. Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Peguam Khas Amerika Syarikat (AS) Jack Smith yang sebelum ini mendakwa bekas presiden Donald Trump atas kesalahan memanipulasi keputusan pilihan raya dan pengendalian dokumen sulit memohon untuk menggugurkan kedua-dua kes terhadap presiden terpilih itu.
7. Pihak berkuasa Gaza beri amaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk
Pihak berkuasa Palestin pada Isnin memberi amaran mengenai kemungkinan tercetusnya wabak penyakit dalam kalangan orang awam yang kehilangan tempat tinggal di Bandaraya Gaza akibat kesesakan di pusat perlindungan.
8. White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan, sekali gus memulihkan tradisi demokratik penting yang diabaikan bakal presiden itu sebelum ini.
9. Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Penyiasat Filipina pada Selasa memanggil Timbalan Presiden Sara Duterte memberi keterangan mengenai ancamannya untuk membunuh Presiden Ferdinand Marcos Jr jika beliau sendiri dibunuh, lapor agensi berita Jerman (dpa).
10. Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
residen Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah.
#berita pilihan #antarabangsa #ASEAN #Donald Trump
;