Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 21, 2024 23:59 MYT
November 21, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 November 2024.
Pengerusi Kumpulan Adani India, Gautam Adani didakwa di Mahkamah Persekutuan New York, Amerika Syarikat (AS) atas pertuduhan berkaitan skim rasuah dan penipuan besar-besaran.
Thailand melaporkan kes tempatan pertama penyakit baharu berkaitan 'vape'.
Malaysia dan Vietnam komited memperkasa usaha sama dalam pertahanan, maritim, digital dan sektor tenaga termasuk membabitkan Grid Kuasa ASEAN.
Presiden Perancis Emmanuel Macron mencuri perhatian ramai apabila menggunakan Bahasa Melayu untuk memuat naik hantaran di akaun rasmi X miliknya, @EmmanuelMacron, mengenai pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sidang Kemuncak G20.
Satu letupan menggegarkan perkampungan di Khiam, selatan Lubnan, pada Rabu ketika pasukan pejuang Hezbollah dan Israel terus berbalas serangan.
Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya terhadap satu draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat dan kekal di Semenanjung Gaza.
Hamas menegaskan tidak akan ada perjanjian pertukaran tebusan untuk tahanan dengan Israel melainkan perang di kawasan Palestin itu berakhir.
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas, menurut Kementerian Luar Korea Selatan.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa delegasi di Persidangan Perubahan Iklim (COP29) di sini untuk mencari titik pertemuan dalam menetapkan sasaran pembiayaan dana iklim baharu yang lebih besar.