Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 16, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 November 2024.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 16 November 2024.
1. Dunia menanti tindakan tegas pemimpin G20 terhadap perubahan iklim
Setiausaha Eksekutif Perubahan Iklim PBB, Simon Stiell berharap pemimpin-pemimpin G20 yang akan berkumpul di Rio de Janeiro dapat melakukan tindakan iklim yang lebih berani untuk kelangsungan ekonomi.
2. Ternak beruang untuk hempedu: Perdagangan komersial kejam ancam hidupan liar
Di sebalik kemajuan ekonomi dan pemodenan pesat di Asia Tenggara, tersembunyi satu perdagangan kejam iaitu penternakan beruang untuk mendapatkan hempedunya, apabila cecair diekstrak secara kasar daripada pundi hempedu haiwan itu.
3. Pekerja infrastruktur kereta api UK adakan mogok 24 jam
Pekerja infrastruktur kereta api di United Kingdom (UK) akan mengadakan mogok selama 24 jam pada Sabtu berikutan pertikaian berkaitan amalan kerja.
4. Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC
Presiden Peru, Dina Boluarte merasmikan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat, menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia.
5. Utara Gaza terputus daripada perkhidmatan kesihatan, bantuan - Pertahanan Awam
Pertahanan Awam Palestin di Gaza melaporkan pada Jumaat bahawa operasinya di utara Gaza terpaksa dihentikan selama 24 hari, menyebabkan ribuan penduduk terputus perkhidmatan perubatan atau bantuan kemanusiaan berikutan serangan berterusan Israel, menurut laporan Agensi Anadolu.
6. Tokoh terkemuka, media tinggalkan platform X susulan kemenangan Trump
Akaun terkenal dengan pengikut yang ramai di X telah meninggalkan platform itu selepas Donald Trump "dipilih" sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) untuk penggal kedua, menurut Agensi Anadolu.
7. Gunung Berapi Lewotobi Indonesia: 127 rakyat Malaysia telah tinggalkan Labuan Bajo
Seramai 161 rakyat Malaysia telah melaporkan keberadaan mereka di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur sejak 10 Nov hingga Jumaat, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.
8. Ketua pembangkang Korea Selatan didapati bersalah berbohong semasa kempen presiden
Sebuah mahkamah pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara setahun, yang digantung selama dua tahun, kepada ketua pembangkang Lee Jae-myung atas kesalahan berbohong semasa kempen presiden lepas ketika beliau menjadi calon.
9. Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Wilayah paling padat di Pakistan mengisytiharkan darurat kesihatan di dua bandar utama pada Jumaat, dengan perintah sekatan pergerakan selama tiga hari seminggu susulan jerebu mengandungi toksik yang terus menyelubungi kawasan itu, lapor agensi berita Jerman dpa.
10. APEC 2024: Eduardo kini pengganti Tan Sri Rebecca
Eduardo Pedrosa kini menggantikan Tan Sri Dr Rebecca Sta Maria sebagai Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC bermula 1 Januari 2025.
#berita pilihan #antarabangsa #APEC 2024 #darura kesihatan
;