Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 15, 2024 23:59 MYT
November 15, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 15 November 2024.
Presiden terpilih AS Donald Trump bertemu dengan Presiden Argentina Javier Milei pada Khamis, lapor Sputnik berdasarkan catatan setiausaha akhbar pemimpin Amerika Selatan Manuel Adorni di media sosial.
Kerajaan United Kingdom (UK) didakwa enggan mengaku perang di Gaza sebagai genosid kerana ia akan mengesahkan penglibatan mereka dalam salah satu jenayah terbesar masa kini.
Polis Persekutuan Brazil pada Khamis mendedahkan bahawa dua letupan di luar bangunan kerajaan di Brasilia disiasat sebagai sebahagian daripada rancangan keganasan oleh kumpulan pelampau berhaluan kanan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan syarikat teknologi gergasi, Google, di luar Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) di sini pada Khamis petang waktu tempatan.
Menteri Luar Kanada Melanie Joly meluahkan kebimbangan mendalam terhadap situasi kemanusiaan "bencana" di Gaza, memberi amaran bahawa tahap kekurangan zat makanan akut telah mencapai tahap melampau yang mengancam nyawa, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 pada skala Richer dikesan berlaku di Rantau New Ireland, Papua New Guinea pada 1.28 tengah hari tadi.
Ibu negara India pada Khamis mengumumkan penutupan sekolah rendah apabila tahap pencemaran udara mencapai paras berbahaya dengan bermulanya musim sejuk.
Puteri Yuriko, kerabat tertua keluarga diraja Jepun dan ibu saudara kepada Maharaja Naruhito meninggal dunia pada usia 101 tahun di sebuah hospital di Tokyo awal pagi Jumaat, lapor agensi berita Kyodo.
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan telah memantau ujian sistem senjata dron 'bunuh diri' (suicide drone) dan mengarahkan pengeluaran besar-besaran senjata udara tersebut pada Jumaat.
Parlimen New Zealand digantung sebentar pada Khamis selepas Ahli Parlimen dari suku kaum Maori mempersembahkan tarian haka untuk mengganggu undian pada Rang Undang-Undang yang dipertikaikan yang akan mentafsir semula Perjanjian 184 tahun antara British dan Pribumi Maori.