Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 13, 2024 23:59 MYT
November 13, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 November 2024.
Kira-kira 90,000 anggota polis dan pasukan keselamatan Sri Lanka dikerah mengawal keselamatan semasa Pilihan Raya Parlimen yang dijadualkan pada Khamis, kata jurucakap polis pada Selasa, lapor Xinhua.
Penerbangan antara Australia dan wilayah Bali di Indonesia digantung akibat abu dari letusan gunung berapi, lapor Xinhua.
Trajektori kerjaya Elon Musk kini melibatkan penglibatan dalam pengurusan kerajaan pula apabila beliau dan Vivek Ramaswamy dilantik untuk mengetuai Jabatan Kecekapan Kerajaan Amerika Syarikat (DOGE) pagi ini.
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menamakan John Ratcliffe, bekas Pengarah Perisikan Nasional (DNI) sebagai pengarah baharu Agensi Perisikan Pusat (CIA) pada Selasa, menurut Agensi Anadolu.
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa mengumumkan bahawa beliau telah memilih Steven Witkoff, seorang pelabur hartanah terkemuka dan penderma kempen, sebagai utusan khasnya ke Asia Barat.
Kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat mungkin akan turut menguntungkan TikTok.
Israel mendakwa sudah memenuhi kebanyakan tuntutan Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan kemasukan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Seorang lelaki berusia 62 tahun disyaki dengan sengaja memandu kenderaannya merempuh sekumpulan orang ramai, menyebabkan 35 maut dan 43 lagi cedera, menurut pegawai keselamatan di Bandar Zhuhai, selatan China, pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Jerman dijangka mengadakan pilihan raya pada 23 Februari selepas kejatuhan kerajaan berhaluan tengah-kiri yang dipimpin Canselor Olaf Scholz, menurut sumber yang dilaporkan oleh agensi berita Jerman (dpa).
Ketua pembangkang Mauritius, Navinchandra Ramgoolam dilantik secara rasmi pada Selasa sebagai perdana menteri baharu berikutan kemenangan gabungan Alliance of Change dalam pilihan raya parlimen, lapor Agensi Anadolu.