Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 12, 2024 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 12 November 2024.
1. Pasca AS Memilih: 'Luar biasa apa anda lakukan', kata Trump pada Prabowo dalam perbualan telefon
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto pada Isnin menghubungi Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru dipilih, Donald Trump bagi menzahirkan ucapan tahniah atas kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Presiden.
2. 30 rakyat Palestin syahid, kereta kebal Israel ceroboh tengah Gaza
Tentera Israel menghantar kereta kebal ke bahagian barat Kem Nuseirat di Gaza pada Isnin, dalam pencerobohan baharu ke kawasan tengah enklaf itu.
3. Sidang Kemuncak Arab-Islam seru UNSC luluskan resolusi mengikat untuk gencatan senjata Gaza
Sidang Kemuncak Arab-Islam di Arab Saudi pada Isnin menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan resolusi mengikat yang menguatkuasakan gencatan senjata segera di Gaza dan memudahkan akses segera kepada bantuan kemanusiaan.
4. Palestin, Jordan kecam seruan Menteri Israel luaskan kedaulatan di Tebing Barat
Palestin dan Jordan mengecam kenyataan yang dibuat pada Isnin oleh Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich yang menyatakan hasratnya untuk menggesa kerajaan Israel berunding dengan pentadbiran Trump yang akan datang bagi mendapatkan sokongan untuk peluasan kedaulatan Israel ke atas Tebing Barat melalui pengilhakan penempatan Yahudi menjelang 2025.
5. PBB seru Israel benarkan akses ke utara Gaza untuk operasi kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin mendesak Israel untuk membenarkan akses kemanusiaan ke Utara Gaza, menekankan keperluan mendesak di kawasan itu, lapor Agensi Anadolu memetik Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA).
6. Menteri kanan Israel mahu tuntut Tebing Barat pada 2025
Menteri Kewangan sayap kanan Israel mahu negara haram itu memperluaskan pencerobohan dan menuntut Tebing Barat yang diduduki pada 2025.
7. Pembekuan keahlian Israel dalam PBB akan berlaku tidak lama lagi - Aboul Gheit
Pembekuan keahlian Israel dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkemungkinan akan berlaku tidak lama lagi.
8. Trump 2.0 dijangka mampu tingkatkan hubungan ekonomi dan keselamatan Malaysia-AS - Penganalisis
Kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024 dilihat berpotensi memperkukuh hubungan AS dengan Malaysia, terutamanya dalam aspek ekonomi dan keselamatan.
9. COP29: Podesta jamin usaha iklim AS diteruskan walaupun Trump kembali ke White House
Utusan Khas Amerika Syarikat (AS) mengenai perubahan iklim, John Podesta, mengakui bahawa kemenangan semula Donald Trump sebagai Presiden akan memperlahankan komitmen negara itu terhadap agenda perubahan iklim.
10. Trump 2.0 dijangka mampu tingkatkan hubungan ekonomi dan keselamatan Malaysia-AS - Penganalisis
Kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024 dilihat berpotensi memperkukuh hubungan AS dengan Malaysia, terutamanya dalam aspek ekonomi dan keselamatan.
#Amerika Syarikat #pilihan raya #PBB #berita global #Berita AWANI
;