Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 11, 2024 23:59 MYT
November 11, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 11 November 2024.
Para pemimpin dunia Arab dan Islam berhimpun di Riyadh, untuk mencari penyelesaian bersama bagi menghentikan keganasan di Gaza dan Lubnan.
Shigeru Ishiba dilantik semula secara rasmi sebagai Perdana Menteri Jepun pada Isnin melalui proses undian penentuan yang jarang berlaku di Parlimen.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati di Riyadh, Arab Saudi.
Indonesia dan China bersetuju untuk memperkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan.
Seorang lelaki warga Singapura didakwa atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata berbahaya terhadap seorang paderi.
Sebuah pesawat Boeing yang dikendalikan oleh Hainan Airlines terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom sejurus selepas.
Perincian Dasar Ekonomi Madani yang jelas mampu memacu ekonomi Malaysia di peringkat global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
COP 29 di Baku bermula hari ini ketika kebanyakan tempat di seluruh dunia berdepan dengan cuaca ekstrem.
Beberapa peluang dalam industri sawit, automotif, farmaseutikal dan produk perubatan dibincangkan dalam sesi produktif ini.
Mangsa seorang remaja berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, sementara 12 lagi cedera akibat terkena tembakan.