Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 7, 2024 23:56 MYT
November 7, 2024 23:56 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 November 2024.
Calon Republikan Donald Trump telah menerima jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden ke Rumah Putih, menurut pasukan kempen Trump pada Rabu.
Selepas gagal dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) kelmarin, calon Demokrat, Kamala Harris muncul buat pertama kali menyampaikan ucapan di Howard University, di sini, pada Rabu.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyertai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).
Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) pada Rabu menggesa Presiden terpilih Donald Trump mengutamakan untuk menunaikan janji kempen pilihan rayanya bagi meneruskan keamanan di luar negara, termasuk menamatkan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Saham syarikat kenderaan elektrik gergasi, Tesla, mencatatkan peningkatan ketara susulan kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden pada Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA).
Serangan udara Israel pada Rabu telah memusnahkan sebuah bangunan bersejarah berhampiran kompleks kuil Baalbek di timur Lubnan
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengundang Presiden China Xi Jinping untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Campur China pada tahun depan.
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Ketika dunia menyambut Hari Kesedaran Tsunami pada Rabu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menekankan kepentingan sistem amaran awal.
Gunung Marapi di wilayah Sumatera Barat, Indonesia meletus pada pagi Khamis dan menghamburkan abu setinggi 800 meter ke udara, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, lapor Xinhua.