Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 1, 2024 23:59 MYT
November 1, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 Nov 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia dan China kini berada pada tahap matang sehingga mampu menghadapi sebarang isu dan cabaran yang mungkin timbul antara dua negara.
KPT akan mendapatkan maklumat lengkap berhubung dakwaan seorang pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di luar negara terlibat sebagai tentera upahan di Ukraine.
Penemuan mayat tanpa kepala menggemparkan penduduk di Jakarta pada awal minggu lalu.
Seramai 346,482 pelajar sekolah rendah dan menengah di Jepun diklasifikasikan sebagai ponteng pada 2023, mencatatkan peningkatan tahunan selama sebelas tahun berturut-turut.
Lebih 62 juta rakyat Amerika mengundi awal dengan lima hari lagi menjelang Pilihan Raya, menurut data yang diterbitkan pada Khamis.
IAM pada Khamis memaklumkan bahawa 33,000 ahlinya di Boeing akan diminta mengundi tawaran itu pada Isnin ini.
Wiberg optimis pertumbuhan akan jadi lebih baik, memandangkan Malaysia semakin ketara berperanan sebagai salah satu rakan kongsi utama Sweden.
Disebabkan sekatan ini, Skydio mengatakan pengeluaran mereka akan terjejas untuk beberapa bulan.
Pada Khamis, Lahore mencatatkan AQI sebanyak 201, mendorong kerajaan mengisytiharkan kabus asap sebagai 'bencana'.
Sekurang-kurangnya 155 kematian direkodkan di Valencia, kawasan yang paling teruk terjejas.