Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 31, 2024 23:59 MYT
Oktober 31, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 31 Oktober 2024.
Dua wartawan dan seorang pemandu daripada sebuah stesen televisyen berpusat di Jakarta Timur, tvOne, maut dalam kemalangan tragis awal pagi Khamis.
China kini memulakan program membangunkan kapal kargo angkasa lepas mereka sendiri.
Sekiranya pesawat ini menjadi kenyataan, ia akan terbang dua kali lebih pantas berbanding Concorde (Mach 2.04) dan lebih pantas berbanding pesawat perisik SR-71 Blackbird (Mach 3.5).
Rakyat Kelantan dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati merancang perjalanan dan menjaga keselamatan ketika berkunjung ke selatan Thailand, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam situasi banjir besar susulan hujan lebat berterusan sejak 29 Okt di wilayah Valencia, Sepanyol, menurut Kementerian Luar.
Angka kematian akibat banjir dahsyat di timur Sepanyol meningkat kepada 95 orang, menurut penyiar awam negara itu RTVE, seperti yang dilaporkan oleh Agensi Anadolu lewat Rabu.
Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang disyaki pada trajektori menegak ke arah Laut Timur pada Khamis.
Duta Argentina ke Amerika Syarikat Gerardo Werthein dilantik sebagai Menteri Luar yang baharu, kata jurucakap presiden Manuel Adorni.
Shigeru Ishiba mengumumkan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara berikutan pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara.
"Presiden (Joe Biden) percaya pada peralihan kuasa secara aman, dan itulah yang anda akan lihat beliau lakukan."